TFC II sasar tiga kelompok terbaik Liga Premier 2020 [ 3m ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Koronavirus: Kedutaan Malaysia terus berhubung dengan rakyat Malaysia di Wuhan

PUTRAJAYA, 26 Jan -- Kedutaan Malaysia di Beijing dan Konsulat Jeneral di Xi’an, China,  sentiasa berhubung dengan 49 rakyat Malaysia di Wuhan bagi mendapatkan perkembangan mereka susulan wabak 2019 Novel Koronavirus di Wuhan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Op Selamat 16: 122 kematian direkodkan dalam tempoh 8 hari

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Sebanyak 122 kematian daripada 113 kes nahas maut direkodkan dalam tempoh lapan hari sejak Op Selamat 16/2020 dilancarkan pada 18 Jan lepas, sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Amaran ribut petir di Sarawak, Sabah sehingga tengah malam esok

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 12 tengah malam esok. 

Koronavirus: MSOSH gesa majikan laksana pelan tindakan kecemasan

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) menyarankan semua organisasi dalam sektor awam dan swasta melaksanakan pelan tindakan kecemasan di tempat kerja bagi menangani penularan 2019 novel koronavirus.

SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies

KUCHING, 26 Jan -- Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SSPCA) Sarawak bercadang membuka klinik pemandulan berkos rendah untuk kucing dan anjing peliharaan orang ramai tahun ini bagi membantu membanteras penyakit rabies.

Sarawak tangguh penerbangan terus Kuching-Haikou

KUCHING, 26 Jan -- Sarawak bercadang menangguhkan sementara permulaan perkhidmatan penerbangan terus dari negeri ini ke Haikou, China menerusi syarikat Hainan Airlines berikutan penularan  2019 novel koronavirus di negara itu ketika ini.

Video lama anggota didakwa terima rasuah tular kembali - Polis

KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Video anggota polis yang didakwa menerima rasuah bagi melindungi kemasukan warga Indonesia ke Tawau, Sabah yang tular baru-baru ini, merupakan video lama yang pernah tersebar pada Mei 2016.