Semua agensi keselamatan digesa tingkat kesiapsagaan untuk sidang kemuncak Asean - TPM thailand [ 3h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Semua agensi keselamatan digesa tingkat kesiapsagaan untuk sidang kemuncak Asean - TPM thailand

BANGKOK, 21 Okt  -- Timbalan Perdana Menteri Thailand Jen Prawit Wongsuwan hari ini mengarahkan semua agensi keselamatan menyelaras dan meningkatkan kesiapsiagaan menjelang ketibaan hari Sidang Kemuncak Asean ke-35 yang diadakan dari 2 sehingga 4 November di Bangkok.

Baku: sidang kemuncak NAM buka tirai dengan mesyuarat peringkat pegawai

BAKU (Azerbaijan), 21 Okt  -- Pegawai kanan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) memulakan mesyuarat dua hari di sini, Isnin, membincangkan pelbagai isu antarabangsa serta kepentingan negara anggota.

AS beri bayangan akan kurangkan tentera di Afghanistan

ANKARA, 21 Okt -- Amerika Syarikat (AS) mungkin akan mengurangkan tenteranya di Afghanistan jika perjanjian damai berhasil, lapor agensi berita Anadolu. 

Indonesia perkenal peraturan baharu tangani import telefon pintar secara haram

JAKARTA, 21 Okt -- Indonesia mengeluarkan peraturan baharu mewajibkan semua telefon pintar perlu berdaftar dengan Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa (IMEI) untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data kerajaan bagi mengekang import telefon pintar secara haram, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Sidang kemuncak ASEAN, Thailand pastikan ciri keselamatan penuhi piawaian antarabangsa

BANGKOK, 21 Okt -- Menjelang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 pada 2 hingga 4 Novermber ini, kerajaan Thailand telah mengarahkan semua pihak yang terbabit memastikan kawalan keselamatan memenuhi piawaian antarabangsa, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Rakyat Kanada mula mengundi pada Isnin

WASHINGTON, 21 Okt -- Rakyat Kanada pada Isnin mula mengundi dalam pilihan raya negara itu bagi menentukan sama ada mandat akan terus diberikan kepada pentadbiran di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Justin Trudeau, lapor agensi berita Anadolu. 

Dua cedera dalam insiden tembakan di Ottawa

OTTAWA, 21 Okt -- Dua lelaki cedera dalam insiden tembakan di barat Ottawa, Kanada pada awal pagi Ahad, lapor agensi berita Xinhua.