malay english mandarin arabic espanol fb tw ig

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


 

Merenungi Masa Depan Sungai Di Malaysia

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR  (Bernama) –  Sejak 2005, Ahad terakhir dalam setiap September dipilih sebagai Hari Sungai Sedunia.

Malaysia dan 59 negara lain di dunia meraikan hari tersebut dengan melakukan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya dan bernilainya sungai kepada kehidupan manusia.

Hubungan manusia dengan sungai terjalin erat sekian lama. Sungai bukan sahaja menjadi sumber bekalan air domestik malah ia adalah sumber air bagi pertanian, alat pengangkutan dan perhubungan serta sumber rezeki.

Bagaimanapun, kemajuan dan pembangunan pesat serta pertumbuhan bandar, kawasan industri, ekonomi dan aktiviti perdagangan menyebabkan berlakunya konflik antara manusia dan sungai.

Hubungan ‘mesra’ manusia dengan sungai kini dikatakan hanya terjalin apabila mereka mengunjungi kawasan-kawasan rekreasi yang mempunyai sungai yang jernih airnya untuk berkelah dan melakukan aktiviti air.

Malangnya, kebanyakan sungai terutama di kawasan bandar semakin lesu dengan penampilan kotor, berbau busuk dan dipenuhi dengan sampah. Kualiti air pula dilaporkan rendah di tahap Kelas 3 dan ada juga yang amat teruk di tahap Kelas 5.

 

Berseronok Di Dusun 'Pinjam´

Oleh Shaidathul Suhana Ros

MELAKA (Bernama) -- “Seronoknya ada dusun!”. Ungkapan ini sering kita dengar daripada seseorang yang tidak punya dusun.

Memang nampak seronok berjalan sekeliling dusun tetapi, perlu ingat, sesebuah dusun memerlukan penjagaan sewajarnya. Semak samun harus dibersihkan dan sesetengah pohon buah-buahan perlukan lebih perhatian atau rawatan.

Jadi, jalan mudah untuk menikmati buah-buahan segar dari pokok dan dapat berseronok di dusun adalah dengan ‘meminjam’ dusun. Di manakah tempatnya?

Anda boleh merasakan keseronokan ‘memiliki’ dusun di Ladang Buah-buahan Tropika Melaka (MTFF) di Sungai Udang, kira-kira 21.8 kilometer dari sini.

Kawasan ladang dan dusun buah-buahan seluas 70 hektar yang menyediakan penginapan konsep ladang itu adalah antara produk agro-pelancongan yang terkenal di negeri ini.

Selain buah-buahan, ladang berkenaan juga merangkumi taman herba, mini zoo, kolam ikan serta kawasan rekreasi dan aktiviti.

 

KJ Pakar Cari Pesawat Hilang

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Mempunyai kepakaran mengesan dan mencari pesawat hilang, Prof Dr Kamaruzaman Jusoff adalah individu pertama yang membangunkan bidang Pesawat Pengimejan Hiperspektral di negara ini.

Usahanya membangunkan bidang baharu itu dilakukan semasa beliau berkhidmat di Universiti Putra Malaysia pada 1995.

Bertugas di Fakulti Sains Sumber dan Teknologi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak dua tahun lepas, insan ??????yang mesra dengan panggilan Haji KJ ini lebih senang bekerja di belakang tabir setiap kali terlibat dalam mana-mana misi pencarian pesawat hilang di Malaysia.

Beliau bermula dengan misi pencarian helikopter ‘hilang’ di Bario, Sarawak pada 12 Julai 2004 diikuti beberapa misi lain termasuk ‘kehilangan’ pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 1 Jun 2006 di perairan Mersing.

Kemudian beliau terlibat dalam pencarian kehilangan pesawat Nuri TUDM di Genting Sempah pada 13 Julai 2007 dan pencarian pesawat MH 370  yang masih belum ditemui setelah dilaporkan hilang daripada radar pada 8 Mac 2014.

 

Kemelut Cadangan India Membeli Jet Pejuang Perancis

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI (Bernama) -- India sudah mengorak langkah untuk menilai pelbagai pilihan untuk memoden serta memperluaskan jet pejuang negara itu yang sudah digunakan sejak era Perang Dingin sejak lebih sedekad lalu.

Syarikat Perancis, Dassault Aviation adalah salah sebuah syarikat yang bersaing untuk mendapat kontrak bernilai bilion dolar bagi membekalkan 126 buah pesawat tempur (MMRCA) untuk Tentera Udara India.

India mengeluarkan permintaan untuk cadangan pembekalan (RFP) kepada enam buah syarikat pada 2007 iaitu Dassault Aviation's Rafale jet, firma Amerika Lockheed Martin's F-16, Kumpulan Sweden Saab's Gripen, the Eurofighter Typhoon iaitu konbinasi firma Britain, Jerman, Sepanyol dan Itali, firm berpangkalan di Amerika Syarikat, Boeing F/A-18E/F Super Hornet, dan Russia's MiG-35 juga dipertimbangkan.

 

Kerap Periksa Tekanan Darah Boleh Elak Krisis Hipertensi

Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR (Bernama) -- “Bila kali terakhir periksa tekanan darah?” tanya doktor kepada pemandu teksi.

“Lama dulu...mungkin 30 tahun,” lelaki berusia 52 tahun itu menjawab pertanyaan doktor yang sedang merawat dirinya yang diserang strok yang teruk dengan bacaan tekanan darahnya 200 mmHg!

Sudah tentu jawapan pemandu teksi itu sesuatu yang memeranjatkan. Beliau kemudiannya mendapat tahu lelaki itu tidak pernah jatuh sakit sebelum ini, justeru beranggapan tidak perlu memeriksa tekanan darahnya.

 

Peluang Besar Buat Anwar Di Port Dickson

Oleh Kurniawati Kamarudin

KUALA LUMPUR (Bernama) – Pakatan Harapan (PH) sudah pun menamakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Barisan Nasional (BN) pula mengesahkan ia tidak akan bertanding merebut kerusi itu, yang nampaknya akan memberikan laluan mudah kepada Anwar.

Sebenarnya, ramai yang mahu menyaksikan pertarungan tradisi satu lawan satu antara PKR dan BN bagi merebut kerusi Parlimen itu.

Namun, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan sebuah badan bukan kerajaan menyatakan hasrat untuk turut bertanding pada PRK itu, yang akan diadakan 13 Okt ini.

Dan, keputusan tentang siapa yang sebenarnya bertanding bakal diketahui pada penamaan calon PRK itu Sabtu ini.

 

Dek Sayang, Renjer Hutan Elak Makan Telur Penyu

Oleh Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli

SETIU (Bernama) – Dek sayangkan penyu, seorang renjer hutan sanggup menahan keinginannya untuk menikmati hidangan telur penyu sejak lebih 20 tahun lepas bagi memastikan populasi reptilia itu terus bertambah dan tidak diancam kepupusan.

Aziz Mustafa berkata beliau tidak sanggup berbuat demikian kerana beranggapan setiap telur penyu itu mengandungi embrio yang mampu menghasilkan 100 biji telur pada masa akan datang.

"Walaupun potensi bagi seekor anak penyu untuk hidup adalah amat rendah namun, sebiji telur itu mungkin menjadi seekor ibu penyu yang kelak menyumbang populasi lebih banyak pada masa akan datang,” katanya.

Aziz, 42, yang mesra dikenali sebagai Abang Man merupakan anak jati Pulau Redang. Antara tugasnya adalah memantau setiap pergerakan penyu yang terdapat di kawasan Santuari Penyu di Chagar Hutang, Pulau Redang yang dikendalikan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejak 1998.

Menurutnya memakan telur penyu adalah lazim dalam kalangan sesetengah penduduk di kawasan pantai kerana mereka didedahkan dengan mitos bahawa telur penyu mempunyai pelbagai khasiat walaupun ia belum disahkan pakar dan penyelidik.