Lelaki tempatan ditemukan mati dengan tiga kesan tikaman [ 4h ago ]

Senarai Berita ARKIB

Am | Ekonomi | Politik | Sukan | Rencana | Dunia | MTDC


Tiga warga Indonesia diculik di Tambisan

LAHAD DATU, 23 Sept  -- Tiga nelayan warga Indonesia dipercayai diculik di perairan Geem Reef, Tambisan, Tungku dekat sini, petang tadi.

Empat nelayan Indonesia ditahan di perairan Miri

MIRI, 23 Sept -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan empat nelayan Indonesia dan menyita pelbagai jenis ikan seberat setengah tan bernilai RM100,000, di perairan Miri pukul 7.30 pagi ini. 

Perlu ada ukuran pendapatan yang lebih terperinci untuk bantuan kebajikan - KRI

KUALA LUMPUR, 23 Sept  -- Insititut Penyelidikan Khazanah (KRI) mencadangkan satu kaedah alternatif bagi mengukur ekonomi isi rumah dengan lebih baik melalui penggunaan pendapatan boleh lupus atau bersih termasuk mengambil kira jurang pendapatan di pelbagai lokasi dan saiz isi rumah untuk menentukan standard kehidupan mereka..

HOC: Rumah bawah RM300,000 untuk golongan B40 dan M40

KUALA LUMPUR, 23 Sept  -- Kempen ‘Pemilikan Rumah Mampu Milik (HOC): Affordable Homes’ yang memberi fokus kepada penjualan rumah bernilai bawah RM300,000 khusus bagi golongan B40 dan M40, merupakan antara inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menawarkan peluang kepada mereka untuk membeli rumah, bagi yang belum memilikinya.

Dua lelaki memandu secara melulu ditahan, 17 kenderaan disita di Penampang

PENAMPANG, 23 Sept  -- Dua lelaki ditahan kerana memandu secara melulu dan merbahaya serta menyita 17 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah di Jalan Pintas, dekat sini, semalam.

Garis panduan rintis seragamkan pengurusan pasar malam

KUALA LUMPUR, 23 Sept  -- Projek Rintis Garis Panduan Pasar Malam yang dilaksanakan di Tapak Projek Keramat Permai, Ampang di sini, bakal menjadi modul kepada pengurusan pasar malam di negara ini. 

Ramai warga asing berminat dengan 'Libur Pendidikan' Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Sept  -- Walaupun sejak sekian lama pulau-pulau, serta taman dan hutan Malaysia, di samping kepelbagaian budaya dan tradisi negara menjadi daya penarik kehadiran pelancong asing, namun tidak lama lagi "Libur Pendidikan” yang sedang gigih dipromosikan oleh kerajaan mungkin bakal menjadi satu lagi tarikan utama negara.