IPOH, 29 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas disyaki membunuh isterinya di sebuah rumah di Kampung Kuala Kuang, Chemor, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan pada 3.40 petang selepas polis menemui isterinya yang tidak sedarkan diri di rumah berkenaan.
“Sebelum itu, polis menerima panggil pada kira-kira 12.30 tengah hari daripada seorang lelaki yang memaklumkan terdapat seorang wanita warga Myanmar berusia 28 tahun tidak sedarkan diri lokasi itu dan meminta bantuan bagi menghubungi ambulans.
“Susulan itu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah ke tempat kejadian dan hasil siasatan awal mendapati wanita itu telah meninggal dunia serta terdapat kesan cekik di leher mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Sekseyn 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial