AM

BUDI95: Lebih 3,000 Pegawai, Anggota Polis Melaka Terima Manfaat

28/09/2025 09:24 PM

JASIN, 28 Sept (Bernama) -- Lebih 3,000 pegawai dan anggota polis di Melaka menerima manfaat inisiatif BUDI95, kata Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

Beliau berkata pelaksanaan itu memberi kesan positif kepada anggota keselamatan, yang merupakan antara penerima terawal menikmati subsidi petrol RON95, bermula semalam.

Beliau berkata anggota polis yang menggunakan kenderaan persendirian telah mula menerima manfaat itu bermula semalam, bagi tujuan tugasan harian dan kegunaan keluarga, sekali gus meringankan beban kos sara hidup mereka.

“Proses penebusan subsidi di stesen minyak juga mudah dan pantas, hanya menggunakan MyKad dengan mengambil masa satu minit sahaja untuk pembelian,” katanya kepada pemberita pada Program BUDI95 di Jasin Bestari di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengetuai konvoi jelajah motosikal di daerah Jasin bersama 50 pegawai dan anggota bermula dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin melalui Batang Melaka, Selandar dan Simpang Bekoh, sebelum berakhir di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Melaka.

Sementara itu, Inspektor Muhammad Hafiz Othman, 42, berkata subsidi berkenaan sedikit sebanyak membantu mengurangkan perbelanjaan petrol untuk kegunaan keluarganya dan menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan kerajaan.

Bagi Sjn Abdul Jamil Nordin, 54, pula inisiatif itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan anggota keselamatan dan meluahkan rasa syukur apabila subsidi itu dapat dinikmati lebih awal.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan