Penduduk, Tengku Harith Sufri Tengku Amran, 36, menunjukkan perbezaan kualiti air kotor rumahnya dan minuman dibeli dari kedai semasa ditemui di Taman Mulia Perdana, Paka.
Penduduk di sekitar Paka dekat sini kecewa dengan masalah bekalan air payau, berkarat dan tekanan rendah sehingga menimbulkan kesulitan dalam kehidupan seharian mereka sejak Mac lalu.
Kebanyakan penduduk mendakwa mereka terpaksa membeli air mineral kerana tidak selesa menggunakan bekalan air berkenaan untuk minum dan memasak.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Datuk Hanafiah Mat berkata bekalan air tersebut berasa payau apabila muka sauk di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk menerima kemasukan air masin susulan musim kering serta fenomena air pasang.
Justeru Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah meningkatkan kapasiti bekalan di LRA Bukit Bauk bagi mengurangkan kesan air payau dengan menambah bekalan dari LRA Kemudi.
Bekalan air payau berkenaan menjejaskan sebanyak 26,883 akaun pengguna SATU di Paka sejak Mac lepas.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Penduduk, Tengku Harith Sufri Tengku Amran, 36, menunjukkan kualiti bekalan air tidak bersih semasa ditemui di Taman Mulia Perdana, Paka.
Penduduk di sekitar Paka dekat sini kecewa dengan masalah bekalan air payau, berkarat dan tekanan rendah sehingga menimbulkan kesulitan dalam kehidupan seharian mereka sejak Mac lalu.
Pengusaha restoran di Tebing Tembah, Paka, Nurul Miezan Qamaliena Mazidi, 23, mengisi air mineral ke dalam bekas air minuman untuk pelanggan semasa ditemui di Tebing Tembah, Paka.
Mereka terpaksa berbelanja sebanyak RM300 sehari untuk membeli air mineral itu untuk disediakan kepada pelanggan berikutan masalah air payau dan berkarat.