DUNIA

Rupee India Jatuh Terendah Berbanding Dolar AS

30/04/2026 04:20 PM

HYDERABAD, 30 April (Bernama) -- Rupee India jatuh ke paras terendah baharu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan aliran keluar dana asing dan kenaikan harga minyak mentah global menjejaskan mata wang itu.

Dengan konflik Iran-AS yang belum selesai, risiko geopolitik terus menekan rupee. 

Mata wang itu, yang ditutup pada 94.88 berbanding dolar AS pada Rabu, merosot kepada 95.25 dalam dagangan pada Khamis.

India, pengguna tenaga ketiga terbesar di dunia, kini berdepan kos import yang lebih tinggi apabila harga penanda aras minyak mentah Brent mencecah paras tertinggi dalam empat tahun pada Khamis, melepasi AS$126 setong.

Penghantaran tenaga terganggu di Selat Hormuz sejak AS dan Israel memulakan perang ke atas Iran pada 28 Feb selain sekatan tentera laut Presiden AS Donald Trump dan ancaman ketenteraan telah menimbulkan kebimbangan mengenai bekalan minyak.

-- BERNAMA


 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2551352