AM

Syarikat Multinasional Berperanan Penting Cipta Pekerjaan Berpendapatan Tinggi - PM Anwar 

02/10/2025 10:28 PM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat multinasional yang mempunyai kapasiti besar seperti Grab Holdings Inc. (Grab), berperanan penting dalam mencipta pekerjaan berpendapatan tinggi.

Beliau berkata syarikat multinasional, juga berperanan penting dalam menyokong pembangunan kapasiti berkaitan penggunaan kecerdasan buatan (AI).

“Kerajaan mengalu-alukan komitmen dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini, agar kebajikan pemandu dan penunggang Grab adalah terjamin,” kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Menerusi hantaran itu, Anwar berkata beliau menerima kunjungan hormat Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Grab Anthony Tan serta delegasi, petang tadi.

Anwar berkata dalam kunjungan itu, beberapa perkara turut dibincangkan termasuk pelaksanaan subsidi petrol bersasar menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), yang memberi manfaat terus kepada pemandu e-panggilan dengan membantu mengurangkan kos operasi harian mereka.

Langkah ini bukan sahaja meringankan beban, malah memperkukuh peranan sektor e-panggilan sebagai komponen penting dalam sistem pengangkutan awam negara.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan