KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Datuk Hishamuddin Aun, meninggal dunia akibat radang paru-paru (pneumonia) di Hospital Sultan Idris, Serdang, kira-kira 7.45 malam.
Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya Nur Camilia, ketika dihubungi Bernama.
“Ayah saya telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak lebih sebulan lepas,” katanya.
Beliau berkata jenazah masih berada di hospital dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Kajang esok.
Hishamuddin meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu.
Kesihatan Hishamuddin dilaporkan semakin merosot sejak dua minggu lepas kerana jangkitan influenza dan dimasukkan ICU Hospital Sultan Idris.
Allahyarham dilantik sebagai Pengarang Kumpulan Berita Harian selama tiga tahun bermula 2003 hingga 2006.
Hishamuddin yang berpengalaman dalam dunia kewartawanan sukan, pernah menabur bakti di Astro Arena selama hampir sedekad.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial