AM

Perak Dilanda Banjir, Empat PPS Dibuka Di Taiping

04/10/2025 09:13 AM

IPOH, 4 Okt (Bernama) -- Perak dilanda banjir berikutan hujan lebat membabitkan daerah Larut, Matang dan Selama apabila empat pusat pemindahan semula (PPS) dibuka di Taiping melibatkan 202 mangsa daripada 65 keluarga, malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang dan PPS SK Matang dibuka pada 8.30 malam, manakala PPS SK Matang Gelugor dibuka pada 10.30 malam.

Setakat 6 pagi ini, sebanyak 31 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya membabitkan kawasan terjejas di Taman Pengkalan Makmur, Taman Pengkalan Setia dan Kampung Sentosa.

Pada masa sama, 106 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di PPS SK Simpang membabitkan kawasan terjejas di Taman Mawar dan Taman Simpang Makmur, manakala 19 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS SK Matang melibatkan Kampung Matang Jambu serta Kampung Telok Kertang.

Sebanyak 46 mangsa daripada 13 keluarga pula ditempatkan di PPS SK Matang Gelugor membabitkan kawasan terjejas di Taman Pengkalan Setia.

"Berikutan hujan lebat dan kejadian banjir yang berlaku di kawasan sekitar, kesemua PPS berkenaan dibuka bagi menyelamat dan menempatkan beberapa keluarga yang rumah mereka terjejas dengan limpahan air banjir " menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan