DUNIA

Jerman Gesa Israel Elak Serang Konvoi Bantuan Sumud Flotilla Ke Gaza

29/09/2025 09:34 PM

BERLIN, 29 Sept (Bernama-Anadolu) -- Jerman pada Isnin menggesa Israel supaya tidak menyerang Flotila Sumud Global yang sedang belayar menuju ke Gaza dan membawa aktivis Sweden Greta Thunberg antara penumpangnya, lapor Anadolu Ajansi.

“Matlamat kami adalah untuk mengelakkan sebarang konfrontasi ketika ini, justeru kami menyeru kedua-dua pihak mematuhi undang-undang yang terpakai…,” kata Timbalan Jurucakap Kementerian Luar, Josef Hinterseher kepada wartawan di Berlin.

Beliau memberi amaran bahawa terdapat risiko campur tangan secara ganas oleh pihak Israel bagi menghentikan flotila itu.

Konvoi bantuan antarabangsa itu kini berada kurang daripada 399 batu nautika dari Semenanjung Gaza dan dijangka tiba pada 30 Sept, menurut penganjur pada Ahad.

“Masa bergerak, dan flotila juga bergerak bersamanya – setiap minit membawa Flotila Sumud Global semakin hampir ke Gaza dan keadilan yang sewajarnya,” kata gabungan itu dalam satu kenyataan di platform media sosial X.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan