Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Isnin, seiring dengan prestasi positif rakan serantau, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FBM KLCI menambah 1.90 mata untuk ditutup pada 1,610.95, berbanding ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.70 mata lebih tinggi pada 1,609.75, dan bergerak antara 1,606.76 dan 1,613.53 sepanjang hari dagangan.
Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 645 kepada 459, manakala 487 kaunter tidak berubah, 1.057 tidak diniagakan, dan 124 kaunter digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 3.77 bilion unit berjumlah RM2.47 bilion, daripada 4.16 bilion unit berjumlah RM3.17 bilion pada Jumaat.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng, indeks serantau utama ditutup lebih tinggi dengan pembelian kukuh dalam kenderaan elektrik (EV) dan saham teknologi.
Dalam pasaran tempatan, beliau berkata pasaran telah menunjukkan tanda-tanda penyertaan yang lebih baik, menunjukkan sentimen perlahan-lahan menjadi lebih optimis. Walaupun kekal dalam mod penyatuan, indeks petunjuk pasaran dilihat membina kekuatan, disokong oleh keyakinan yang meningkat.
“Jika momentum ini berterusan, ia boleh membuka laluan kepada peningkatan ke aras 1,620 mata, mengukuhkan ganbaran pasaran yang berhati-hati. Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam aliran julat 1,590-1,620 bagi minggu ini,” kata Thong kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB melonjak 12 sen kepada RM7.37, Axiata naik tujuh sen kepada RM2.67, dan MRDIY meningkat lima sen kepada RM1.67. CelcomDigi menambah empat sen kepada RM3.70, dan IHH Healthcare menokok 10 sen kepada RM7.55.
Bagi dagangan aktif, EA Holdings, MTouche, dan NexG tidak berubah masing-masing kepada setengah sen, 6.5 sen, dan 9.5 sen. Pharmaniaga menambah dua sen kepada 28.5 sen, Tanco susut dua sen kepada 88 sen, dan Velesto merosot setengah sen kepada 24 sen. CBH Engineering meningkat tiga sen kepada 47 sen.
Bagi kaunter paling untung, Nestle melonjak RM1.06 sen kepada RM97.10, Plenitude meningkat 36 sen kepada RM2.22; Bintulu Port naik 35 sen kepada RM5.85; Country View menambah 22 sen kepada RM3.0, dan Hong Leong Finance Group naik 18 sen kepada RM17.10.
Dalam kalangan kaunter paling rugi, Batu Kawan turun 24 sen kepada RM18.80, Malayan Cement susut 20 sen kepada RM6.95, Petronas Chemicals berkurang 20 sen kepada RM4.35, dan MPI merosot 20 sen kepada RM29.10.
Kelington Group turun 13 sen kepada RM5.48, dan PPB Group susut 12 sen kepada RM5.48.
Dalam pasaran yang lebih luas, Indeks FBM Emas susut lima mata kepada 11,988.44, Indeks FBMT 100 susut 1.08 mata kepada 11,723.96, dan Indeks FBM Emas Syariah turun 38.83 mata kepada 12,009.64.
Indeks FBM 70 merosot 66.50 mata kepada 16,783.85, dan Indeks FBM ACE berkurang 10.60 mata kepada 5,189.86.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan dan Produk Perindustrian susut 2.01 mata kepada 171.75 dan Indeks Tenaga turun 4.26 mata kepada 778.26, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 107.04 mata kepada 18,263.88. Indeks Perladangan meningkat 8.92 mata kepada 7,771.57.
Jumlah dagangan Pasaran Utama menyusut kepada 1.68 bilion unit berjumlah RM2.08 bilion, daripada 1.97 bilion unit berjumlah RM2.72 bilion pada Jumaat.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 1.26 bilion unit berjumlah RM191.47 juta, daripada 1.44 bilion unit berjumlah RM208.70 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE mengukuh kepada 815.25 juta saham berjumlah RM195.92 juta, daripada 737.39 juta saham berjumlah RM230.36 juta pada Jumaat.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 393.77 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (279.58 juta), pembinaan (105.61 juta), teknologi (189.67 juta), perkhidmatan kewangan (68.73 juta), hartanah (172.89 juta), perladangan (21.16 juta), REIT (27.46 juta), dana tertutup (423,500), tenaga (140.84 juta), penjagaan kesihatan (146.11 juta), telekomunikasi dan media (36.53 juta), pengangkutan dan logistik (50.60 juta), utiliti (54.73 juta), dan amanah perniagaan (748,900).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial