EKONOMI

Pengambilan Untung, Prestasi Saham Terpilih Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

18/09/2025 07:23 PM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung yang menyaksikannya kembali di bawah paras psikologi 1,600 selain prestasi suram saham wajaran tinggi terpilih perbankan, utiliti dan berkaitan Petronas.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 12.77 mata kepada 1,598.93 daripada paras penutup 1,611.70, semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka turun 4.84 mata kepada 1,606.86 dengan pergerakan dalam julat 1,597.41 hingga 1,606.86 sesi sepanjang dagangan hari ini.

Pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 515 berbanding 494, sebanyak 509 kaunter lain tidak berubah, sejumlah 1,118 tidak diniagakan dan tujuh lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.56 bilion unit bernilai RM2.52 bilion daripada 3.13 bilion unit bernilai RM3.16 bilion, semalam.

Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd Kenneth Leong berkata walaupun perkembangan kembali ke paras di bawah 1,600 itu jelas memaparkan aktiviti pengambilan untung, ini sebaliknya berkemungkinan dapat diimbangi oleh kegiatan memburu saham-saham berharga rendah dalam masa terdekat serta di tengah-tengah penilaian menarik serta persekitaran makroekonomi yang stabil.

“Namun, aliran dana asing kekal menjadi faktor penentu dengan pelabur memantau rapat perubahan minat atau selera risiko di peringkat global.

“Dari sudut ekonomi, pelabur akan turut mengikuti pengumuman data eksport dan import bulanan Malaysia yang dijadualkan esok,” katanya kepada Bernama.

Leong berkata dari sudut teknikal, FBM KLCI telah membentuk petunjuk kurang memberangsangkan yang menyaksikan dagangan ditutup di bawah paras psikologi 1,600.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut enam sen kepada RM9.88, Public Bank turun lima sen kepada RM4.25, Tenaga berkurangan 16 sen kepada RM13.28, IHH kerugian lima sen kepada RM7.31 manakala CIMB tidak berubah pada RM7.32.

Bagi saham aktif, Pharmaniaga untung satu sen kepada 28.5 sen, SNS naik lima sen kepada 62.5 sen, MCLean meraih tiga sen kepada 49.5 sen, VS Industry menguncup setengah sen kepada 55 sen manakala Bumi Armada rugi satu sen kepada 34 sen.

Saham paling rugi adalah Nestle yang merosot RM2.90 kepada RM95.00, ChinTeck rugi 16 sen kepada RM9.90, Dutch Lady berkurangan 16 sen kepada to RM27.20, Petronas Chemicals turun 12 sen kepada RM4.33 manakala Ralco susut 8.5 sen kepada 91 sen.

Prestasi saham paling untung didahului oleh Allianz yang menokok 38 sen kepada RM18.88, Hong Leong Industries naik 34 sen kepada RM13.94, Formosa meraih 21 sen kepada RM1.66, Ajinomoto menambah 20 sen kepada RM13.50 dan Scientex meningkat 16 sen kepada RM3.39.

Di pasaran meluas, Indeks FBM Emas turun sebanyak 56.09 mata kepada 11,887.90, Indeks FBMT 100 merosot 59.99 mata kepada 11,640.25 dan Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 21.30 mata kepada 11,915.10.

Indeks FBM 70 melonjak 59.64 mata kepada 16,679.74 manakala Indeks FBM ACE turun 21.65 mata kepada 4,871.68.

Dari segi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.86 mata kepada 166.69, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 145.18 mata kepada 18,096.96, Indeks Perladangan turun 1.63 mata kepada 7,732.57 manakala Indeks Tenaga naik 2.31 mata kepada 753.05.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.57 bilion unit bernilai RM2.26 bilion daripada 1.92 bilion unit bernilai RM2.89 bilion pada hari sebelumnya.

Selain itu, dagangan waran berkurangan kepada 641.29 juta unit bernilai RM107.66 juta daripada 860.43 juta unit bernilai RM137.02 juta sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangannya meningkat kepada 354.40 juta bernilai RM145.66 juta daripada 343.55 juta bernilai RM133.36 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 199.97 juta saham didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (291.87 juta), pembinaan (91.06 juta), teknologi (236.38 juta), perkhidmatan kewangan (94.31 juta), hartanah (146.86 juta), perladangan (31.14 juta), REIT (23.75 juta), dana tertutup (270,800), tenaga (149.45 juta), penjagaan kesihatan (199.41 juta), telekomunikasi dan media (24.94 juta), pengangkutan dan logistik (35.62 juta), utiliti (47.42 juta) dan unit amanah perniagaan (1,100).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan