Terdapat 1518 berita berdasarkan kata kunci carian " teknologi"

KPJ Healthcare Lancar AiNNOVATION 2025, Raikan Penjagaan Kesihatan Masa Depan Yang Inklusif

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad hari ini melancarkan AiNNOVATION 2025, yang merupakan pameran selama empat hari di pusat beli-belah 1 Utama, memfokuskan kepada inovasi penjagaan kesihatan dan keterlibatan kesejahteraan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Ketegangan Geopolitik, Ketidaktentuan Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.

IIBD Pemangkin Transformasi Johor Bahru Sebagai Hab Perniagaan Dunia

JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan Ibrahim International Business District (IIBD) bakal mentransformasikan pusat bandar Johor Bahru sebagai hab perniagaan bertaraf dunia, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor. 

Singda Superalloy Labur RM900 Juta, Lonjak Industri Logam Termaju Johor

JOHOR BAHRU, 13 Jun (Bernama) -- Johor semakin rancak dalam usaha menarik minat pelabur asing apabila Jiangsu Longda Superalloy dari China, melalui anak syarikatnya Singda Superalloy (Malaysia) Sdn Bhd, memuktamadkan komitmen pelaburan berskala besar bernilai RM900 juta.

Kemahiran Pelaporan Berita Ekonomi Penting Ketika Tarif Kuasai Tajuk Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.

Pelaburan Diluluskan Malaysia Pada Suku Pertama 2025 Bukti Ketahanan Ekonomi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada suku pertama 2025 membuktikan ketahanan ekonomi serta daya tarikan berterusan negara sebagai destinasi pelaburan walaupun terdapat ketidaktentuan global yang berterusan, kata para penganalisis ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi Susulan Sentimen Serantau Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.18 peratus, disokong oleh pembelian dalam saham berwajaran tinggi utiliti dan telekomunikasi.

MARii, Petronas Bekerjasama Majukan Inovasi Automotif Dengan Teknologi AI

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjalin kerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) bagi merevolusikan penyelenggaraan kenderaan melalui teknologi termaju.

Johor Berjaya Cipta 33,000 Peluang Pekerjaan Hasil Daripada Pelaburan Tertinggi

JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Johor berjaya menghasilkan 33,000 peluang pekerjaan baharu, meningkatkan pemindahan teknologi dan kepakaran serta mengukuhkan daya saing ekonomi negeri berikutan berjaya menarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi maju. 

LHDN Terima 328 Juta e-Invois Daripada Hampir 35,000 Pembayar Cukai Sejak Ogos 2024

GEORGE TOWN, 12 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 328 juta e-Invois daripada pembayar cukai sehingga semalam sejak sistem itu dilancarkan pada Ogos 2024.

Malaysia Teroka Sumber Alternatif Kayu Penuhi Permintaan Global - FRIM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia komited untuk meneroka serta membangunkan sumber alternatif kepada kayu menerusi pendekatan strategik, inovatif dan mampan bagi memenuhi peningkatan permintaan global terhadap produk kayu tempatan.

Peluasan SST Ke Atas Buah-buahan Import Lonjak Industri Nanas Tempatan

JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yakin semakan serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini bakal memberi kesan positif yang ketara terhadap pertumbuhan industri nanas negara.