KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Rakyat Malaysia kini boleh menebus subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak yang mengambil bahagian di seluruh negara menerusi aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet, tanpa perlu menunjukkan MyKad.
TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital), syarikat yang menguruskan TNG eWallet dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengguna boleh menyemak kelayakan, menyemak baki subsidi dan membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.
Menurut syarikat itu, inisiatif berkenaan menawarkan tiga kelebihan utama kepada pengguna BUDI95 iaitu satu aplikasi untuk semua stesen minyak, tidak memerlukan MyKad fizikal serta pengalaman Setel bersepadu di stesen Petronas dalam aplikasi itu.
“Memandangkan semua pengguna TNG eWallet telah disahkan melalui proses elektronik Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital (eKYC), mereka tidak perlu menunjukkan kad pengenalan fizikal di pam minyak atau kaunter,” menurut kenyataan itu.
TNG Digital menjelaskan setiap akaun dihubungkan dengan selamat kepada identiti yang telah disahkan dan peranti mudah alih pengguna, menawarkan cara yang lebih selamat dan mudah untuk menebus subsidi.
Syarikat itu turut memaklumkan beberapa video panduan telah diterbitkan di platform rasmi TNG Digital seperti Facebook, Instagram, TikTok, XHS, LinkedIn dan YouTube bagi membantu pengguna.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial