AM

Tiada Sekolah Ditutup, Situasi Influenza Di Terengganu Terkawal - JPNT

08/10/2025 06:19 PM

KUALA TERENGGANU, 8 Okt (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan tiada sekolah di negeri ini ditutup berikutan penularan kes influenza dalam kalangan pelajar.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Kamsah@Kamal Mohamed berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan penularan wabak itu sehingga menjejaskan operasi persekolahan.

“Setakat ini situasi masih terkawal dan tiada sebarang sekolah yang diarahkan tutup akibat jangkitan influenza dalam kalangan pelajar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan satu garis panduan berhubung pencegahan penularan jangkitan penyakit itu kepada semua sekolah di negeri ini. 

"Pelajar yang menunjukkan gejala demam atau selesema dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan berehat di rumah sekiranya mengalami demam serta menjaga kebersihan diri termasuk kerap mencuci tangan.

"Selain itu, mana-mana pelajar yang disahkan menghidap influenza turut diarahkan menjalani kuarantin di rumah sehingga pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata pihak sekolah turut diminta segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sekiranya terdapat kes disyaki atau pengesanan awal jangkitan di kawasan masing-masing.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan