DUNIA

GSF Gesa Tindakan Segera Selepas Kapal Meteque Diserang Israel

03/10/2025 03:56 PM

ANKARA, 3 Okt (Bernama-AA) --  Global Sumud Flotilla (GSF) mengeluarkan rayuan segera kepada kerajaan dan institusi antarabangsa selepas tentera laut Israel menyerang dan menaiki kapalnya, Meteque di perairan antarabangsa pada Khamis.

Penganjur flotila itu dalam satu kenyataan berkata penstriman langsung dan komunikasi telah terputus, sambil menegaskan bahawa status para peserta dan kru masih belum dapat dipastikan, lapor Anadolu Ajansi.

Mereka menyifatkan tindakan menceroboh naik kapal itu sebagai serangan yang menyalahi undang-undang terhadap aktivis kemanusiaan tidak bersenjata dan menuntut campur tangan antarabangsa bagi memastikan keselamatan serta pembebasan semua individu di atas kapal.

“Kami menyeru kerajaan dan institusi antarabangsa untuk menuntut keselamatan dan pembebasan segera mereka,” menurut GSF dalam kenyataannya.

Tentera Israel sebelum ini telah menyerang dan merampas hampir kesemua 44 bot flotila kemanusiaan yang cuba memecahkan sekatan ke atas Gaza, serta menahan ratusan aktivis, namun sebuah kapal layar, Marinette, dilaporkan terus bergerak menuju ke wilayah Palestin itu.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan