AM

Dua Peserta Perhimpunan Disyaki Halang Tugas Anggota Polis Ditahan

02/10/2025 07:42 PM

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki disyaki menghalang tugas anggota polis yang membuat kawalan keselamatan pada perhimpunan menyokong Global Sumud Flotilla (GSF) di depan kedutaan Amerika Syarikat di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata perhimpunan aman pada 12 tengah hari tadi dengan anggaran kehadiran 50 peserta mula tegang apabila terdapat peserta menutup aliran trafik di Jalan Tun Razak berhadapan kedutaan berkenaan.

“Kekecohan yang berlaku menyebabkan seorang anggota polis cedera di bahagian mulut akibat disiku oleh peserta perhimpunan semasa menjaga keselamatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis menjalankan tugas.

Fadil berkata polis turut mengambil maklum penahanan dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun itu tular menerusi video berdurasi 54 saat yang dimuat naik di Facebook.

 -- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan