Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aliran bercampur-campur pasaran hadapan serantau, kata peniaga.
Beliau berkata kelemahan harga minyak mentah turut menjejaskan sentimen, walaupun penyusutan itu sebahagiannya dapat diimbangi oleh petunjuk-petunjuk ekonomi China yang lebih kukuh.
“Pasaran hadapan Jepun kehilangan arah pada hari ini, ditekan oleh kelemahan pasaran Shanghai serta pengukuhan yen manakala penurunan ekuiti Tokyo dan harga minyak turut menjejaskan harga,” katanya kepada Bernama.
Keuntungan perindustrian China meningkat 20.4 peratus pada Ogos berbanding setahun lepas yang berbeza daripada penurunan 1.5 peratus pada Julai lepas.
“Bagi tempoh Januari-Ogos, keuntungan itu naik 0.9 peratus berbanding penyusutan 1.7 peratus pada Januari-Julai,” katanya.
Pada 3 petang ini, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 susut 5.5 sen kepada 737.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun dua sen kepada 580.00 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial