AM

Projek Pembinaan Lorong Tambahan Smart Lane PLUS Ditutup 

18/09/2025 12:57 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup laluan Smart Lane dari Kulai ke Senai di KM26.5 hingga KM19.3 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 22 Sept 2025.

Menurut kenyataan PLUS, penutupan itu sebahagian daripada Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan laluan Senai Utara ke Kulai (Fasa 1 Pakej B) di Johor

Sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan dijalankan, dua lorong sedia ada di laluan terlibat dibuka seperti biasa bagi mengekalkan aliran trafik sedia ada dan meminimumkan gangguan trafik kepada pengguna lebuh raya.

“Pengguna lebuh raya disarankan merancang perjalanan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini serta mematuhi semua papan tanda dan arahan dikeluarkan petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan berkenaan,” menurut kenyataan itu. 

Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk kepada Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, atau menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan