Dua Lelaki Maut Kenderaan Jatuh Gaung Di Kampung Moyog, Penampang

29/05/2025 11:31 AM

KOTA KINABALU, 29 Mei (Bernama) -- Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke gaung di Kampung Moyog, Penampang dekat sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.15 malam dan sembilan anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Binghorn yang terbabas sendiri sebelum terjatuh dalam gaung.

“Pasukan bomba bertindak menaikkan semua mangsa yang berada di dalam gaung,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah memberikan rawatan awal kepada seorang mangsa cedera sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Dua lagi mangsa lelaki masing-masing berusia 40 dan 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan