Aidiladha: Bomba Kenal Pasti 57 Lokasi 'hotspot' Kemalangan Di Kelantan

29/05/2025 05:25 PM

TUMPAT, 29 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti  57 lokasi panas kemalangan di negeri ini menjelang sambutan Aidiladha.

Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata daripada jumlah itu, jajahan Gua Musang mencatatkan lokasi terbanyak iaitu 15 lokasi diikuti tujuh lokasi Kuala Krai.

"Kita (JBPM Kelantan) tidak buat pemantauan secara berterusan, bagaimanapun kita akan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berdekatan untuk melakukan pemantauan di lokasi dikenal pasti.

"Orang ramai yang pulang bercuti sempena Aidiladha nanti dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bomba Komuniti Media Kelantan 2025 di BBP Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengenai Bomba Komuniti Media Kelantan, Farhan Sufyan berkata ia adalah latihan yang bertujuan mendedahkan pengamal media berkaitan aspek keselamatan dan tindakan awal yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan atau kebakaran di kawasan mereka sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Sebanyak 10 pengamal media daripada pelbagai agensi termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Berita Harian, Kosmo! dan Malaysia Gazette telah menyertai latihan bomba komuniti termasuk menjalani aktiviti rappeling, breathing apparatus training gallery dan sewer.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan