Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Cuti Sekolah: Pantau Keselamatan Anak-anak, Elak Insiden Tidak Diingini - Bomba

27/05/2025 05:33 PM

KUANTAN, 27 Mei (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menasihati ibu bapa dan penjaga supaya mengambil langkah keselamatan sewajarnya serta memantau pergerakan anak masing-masing sempena cuti sekolah tidak lama lagi bagi mengelak insiden tidak diingini.

Pengarah JBPM Pahang Mohd Razam Taja Rahim berkata sekiranya melakukan aktiviti air, pastikan lokasi dan cuaca dalam keadaan baik serta jangan lalai. 

“Cuaca pada masa ini tidak menentu, jadi saya minta masyarakat utamakan aspek keselamatan. Ibu bapa perlu tahu ke mana anak mereka pergi dan nasihati anak-anak supaya tidak hampiri tali air dan kawasan arus deras,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran 2025 di sini hari ini yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Nazri Abu Bakar.

Mohd Razam berkata dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini sebanyak 14 kematian akibat lemas direkodkan selain tiga kerana kebakaran kediaman.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 293 premis telah dikenal pasti dan ditetapkan tertakluk kepada pematuhan terhadap peraturan keselamatan kebakaran termasuk memiliki sijil perakuan bomba (FC) di Pahang.

Ad Banner

Pematuhan berkenaan, katanya penting bagi menjamin keselamatan nyawa dan meminimumkan kerugian harta benda dengan pemilik premis yang tamat tempoh FC dinasihatkan agar memperbaharui sijil bagi memastikan bangunan atau premis terbabit selamat untuk didiami.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan