SUKAN > BERITA

Muhammad Irfan Raih Gangsa Di Gumi

30/05/2025 10:17 PM

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Atlet kebangsaan Muhammad Irfan Shamsuddin melakar kejayaan membanggakan apabila memenangi pingat gangsa dalam acara lempar cakera lelaki pada Kejohanan Olahraga Asia 2025 di Gumi, Korea Selatan hari ini.

Muhammad Irfan melakukan lemparan sejauh 58.82 meter (m) untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, di belakang atlet China Abuduaini Tuergong yang memenangi emas dengan catatan 63.47m, manakala perak menjadi milik wakil Jepun Masateru Yugami (60.38m).

“Alhamdulillah, pingat gangsa berjaya diraih oleh Muhammad Irfan dalam acara lempar cakera. Irfan tiga terbaik di Asia!,” menurut  kenyataan di Facebook rasmi Olahraga Malaysia.

Sementara itu, dalam acara akhir lontar peluru wanita, seorang lagi atlet kebangsaan Nani Sahirah Maryata menamatkan saingan di tempat kesembilan daripada sepuluh peserta dengan catatan terbaik 15.06m.

China mendominasi acara itu menerusi Ma Yue yang merangkul emas dengan lontaran sejauh 18.26m, diikuti Song Jiayuan (17.78m) yang memenangi perak, manakala gangsa menjadi milik wakil Taiwan Ching Yuan Chiang dengan 17.42m.

Kejohanan yang bermula pada Selasa lepas dijadual melabuhkan tirainya esok.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan