8bulan ago
LABUAN, 27 Julai (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) memanfaatkan penyertaan dalam Festival Flora Borneo 2025 untuk menonjolkan keupayaan logistik maritim dan operasi pelabuhan Labuan, di samping menggariskan perancangan libat urus dengan agensi kerajaan, sektor korporat dan masyarakat umum.
9bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 25 Julai (Bernama) -- Festival Flora Borneo (BFF) 2025 yang akan bermula secara rasmi esok, memperlihatkan kesan limpahan ekonomi yang ketara di seluruh Labuan dengan kehadiran ribuan pengunjung di festival lima hari itu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, MMAG SkyAssets Ltd telah memeterai perjanjian bersyarat jual beli pesawat untuk membeli sebuah pesawat kargo Boeing 737-800BCF pada harga tunai US$25.9 juta (RM109.85 juta).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta diesel kekal masing-masing pada RM2.05, RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Julai ini.
9bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 22 Julai (Bernama) -- Sektor logistik dan perdagangan Sabah hanya boleh berkembang maju sekiranya usaha untuk mendigitalkan industri dipadankan dengan sokongan padu terhadap perniagaan kecil dan komuniti luar bandar, kata seorang pakar logistik serantau.
9bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 22 Julai (Bernama) -- Data dan pendigitalan menjadi alat yang penting dalam memanfaatkan sepenuhnya potensi perdagangan dan logistik Sabah, kata seorang pakar logistik.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat perlahan 1.1 peratus pada Jun 2025 dengan indeks mencatatkan 134.5 mata berbanding 133.0 pada bulan yang sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
LABUAN, 18 Julai (Bernama) -- Kebangkitan era perdagangan digital menjadi tumpuan untuk 80 usahawan tempatan di pulau bebas cukai ini apabila mereka berkumpul hari ini untuk menghadiri Bengkel TikTok Shop yang dianjurkan oleh Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan.
9bulan ago
SINGAPURA, 3 Julai (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah Singapura, Scoot akan memulakan operasi penerbangan dua kali seminggu ke Kota Bharu, Kelantan, pada 26 Oktober depan yang menggunakan pesawat jenis Embraer E190-E2 dengan harga tambang sehalanya serendah S$78 (S$1=RM3.3154).
9bulan ago
KOTA KINABALU, 3 Julai (Bernama) -- Lion Logistics Group yang berpangkalan di Labuan memanfaatkan penyertaannya dalam Persidangan dan Pameran Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) ke-12 untuk mengembangkan rangkaian perniagaannya serta menjalin perkongsian strategik dalam sektor tenaga serantau.
9bulan ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 2 Julai (Bernama) – Produk utama Neurogine Sdn Bhd iaitu Neurogine n2Tap diguna pakai oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) sebagai sebahagian daripada inisiatif i‑MerchantRAKYAT bank tersebut.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- CC International Bhd (CCIB) menerusi anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Indah Secretarial (Pulau Pinang) Sdn Bhd (ISPG) telah memeterai perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih keseluruhan saham terbitan Alpadis Trust (Labuan) Ltd pada harga US$750,000 (US$1=RM4.19).