BERITA TERKINI   Rakyat perlu menilai usaha kerajaan berasaskan fakta, bukan ikut sentimen politik - PM Anwar | GRS dan PH setuju bentuk 'electoral pact' pada PRN Sabah Ke-17 - Hajiji | Harga petrol RM1.99 untuk manfaat dan hak rakyat Malaysia, bukan untuk dinikmati warga asing - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM10 juta untuk selaras projek, bantuan untuk rakyat susah di Muar, Johor | Kerajaan MADANI terus berusaha turunkan hutang negara, walaupun ambil masa - PM Anwar | 

Harga Petrol, Diesel Kekal Sehingga 30 Julai Ini

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) --  Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta diesel kekal masing-masing pada RM2.05, RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah, kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

Menurut MOF, penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan, melalui MOF, akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

-- BERNAMA