Terdapat 91 berita berdasarkan kata kunci carian " dividen interim"

Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Melonjak 22 Peratus Kepada RM153 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd untuk suku kedua berakhir 31 Dis 2025 melonjak sebanyak 22.1 peratus kepada RM153.21 juta berbanding RM125.53 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelum ini.

CelcomDigi Catat Untung Bersih RM439 Juta Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 sebanyak RM438.94 juta daripada RM406.02 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2025 MR DIY Meningkat Kepada RM158.58 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 meningkat kepada RM158.58 juta daripada RM155.21 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Untung Bersih DXN Susut Bagi Suku Pertama Susulan Kerugian Tukaran Asing

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih DXN Holdings Bhd (DXN) menyusut 13.6 peratus kepada RM73.91 juta pada suku pertama berakhir 31 Mei, 2025 (S1 TK2026) daripada RM85.56 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas susulan kerugian pertukaran asing (forex) yang didorong oleh pengukuhan ringgit.

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd susut kepada RM57.06 juta menjelang suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding dengan RM80.45 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini disebabkan oleh hasil operasi yang lebih rendah.

Eco-Shop Catat Pendapatan, Perolehan Lebih Tinggi Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Eco-Shop Marketing Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM204.32 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mei 2025, meningkat daripada RM177.28 juta pada tahun sebelumnya.

Keuntungan Bersih Ancom Nylex Turun Kepada RM63.49 Juta Untuk Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Keuntungan bersih Ancom Nylex Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Mei 2025 (TK2025) susut kepada RM63.49 juta berbanding RM81.47 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024.

ASSAR Umum Dividen Akhir 3.0 Sen Seunit

KUCHING, 16 Julai (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak (ASSAR) hari ini mengumumkan pengagihan dividen akhir sebanyak 3.0 sen seunit bagi tahun kewangan 2025.

DXN Lebar Sayap Global, Perluas Produk Siap Dimakan Dan Dimasak

PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) -- Pengeluar dan pemasar produk kesihatan berasaskan herba semula jadi, DXN Holdings Bhd menyasarkan untuk memperluas portfolio produknya menerusi pelancaran barisan baharu makanan sedia dimakan (RTE) dan makanan sedia dimasak (RTC).

Untung Bersih Yinson Susut Kepada RM115 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir pada 30 April, 2025 susut kepada RM115.0 juta daripada RM203.0 juta yang dicatatkan semasa suku sama tahun kewangan 2025.

Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tinggi Pada Suku Ketiga, Isytihar Dividen 10 Sen

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM671 juta pada suku ketiga berakhir 30 April, 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dipacu oleh prestasi kukuh dalam projek pembinaan domestiknya.

Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.9 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) susut lebih separuh kepada RM155.90 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2025 daripada RM345.58 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.