11hari ago
KUCHING, 15 Jan (Bernama) -- AirBorneo telah melengkapkan peralihan Sistem Kawalan Perlepasan (DCS) dan kini beroperasi di bawah kod penerbangannya sendiri, MY, menandakan peristiwa penting dalam transformasi syarikat penerbangan itu kepada kebebasan operasi penuh.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM201.3 juta daripada Greencove Sdn Bhd untuk membina pangsapuri kediaman di Selangor.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah negatif, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Industri pembinaan dan subkontraktor Malaysia mesti berkembang melangkaui sempadan domestik dan secara aktif memanfaatkan peluang di rantau ASEAN yang lebih luas serta India untuk kekal berdaya saing, kata Pengerusi Majlis Ekonomi ASEAN-India (AIEC) Malaysia Datuk Ramesh Kodammal.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus bagi tempoh sepanjang 2026, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, demikian menurut BMI yang juga unit Fitch Solutions.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor hartanah, menjangkakan minat belian yang kukuh akan menyokong prospek pemaju.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan Malaysia dijangka terus memaparkan perkembangan positif dalam struktur kos lebih rendah yang diterjemahkan kepada peningkatan margin serta keuntungan bersih lebih kukuh dalam memasuki tahun 2026.
12hari ago
KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) -- Hungary membangunkan Indeks Pembangunan Berharmoni (H2DI) sebagai rangka kerja global baharu bagi mengukur pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat melangkaui keluaran dalam negara kasar (KDNK).
12hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung selepas peningkatan baru-baru ini dan menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS, ia memberi kesan kepada dolar AS ketika pasaran menetapkan harga berikutan pendirian dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS yang lebih akomodatif.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Manfaat lain yang timbul berikutan kebimbangan risiko global menyebabkan negara seperti Malaysia membentuk pakatan baharu dan meneruskan perjanjian perdagangan pelbagai hala atau dua hala serantau, bagi mengurangkan kesan khususnya dengan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat, kata Pengarah Urusan Forum Ekonomi Dunia (WEF), Saadia Zahidi.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menurunkan kos operasi kepada RM2.13 bagi setiap kutipan hasil yang bernilai RM100 pada 2025 kata Ketua Pengarahnya Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.