Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah negatif, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 5.53 mata atau 0.33 peratus kepada 1,705.28 daripada 1,710.91 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.56 mata lebih rendah kepada 1,710.35 dan bergerak di antara 1,701.83 dengan 1,710.35 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 562 berbanding 372 manakala 527 kaunter tidak berubah, 1,177 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.99 bilion unit bernilai RM1.48 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata ia menjangkakan akan berlaku aktiviti pengambilan untung di Bursa Malaysia selepas peningkatan secara berterusan baru-baru ini, susulan prestasi negatif semalaman Wall Street.

“Bagaimanapun, kami percaya paras sokongan itu sepatutnya berada melebihi 1,700,” katanya.

“Dari segi sektor, kami menjangkakan sektor utiliti akan kekal menjadi tumpuan utama pada 2026 memandangkan kepesatan pembangunan pusat data yang berterusan akan memerlukan sejumlah besar air untuk penyejukan pelayan untuk komputer yang boleh mencetuskan semula minat belian terhadap saham seperti Ranhill Utilities Bhd,” katanya.

Daripada 30 kaunter saham berwajaran tinggi, hanya lapan mencatatkan keuntungan, tiga kekal tidak berubah, manakala selebihnya merosot.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM11 dan IHH turun satu sen kepada RM8.44. Public Bank menambah dua sen kepada RM4.69 dan CIMB naik tiga sen kepada RM8.38, manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM13.82.

Bagi saham aktif, VS Industry, Capital A dan Zetrix AI tidak berubah masing-masing pada 48.5 sen, 54.5 sen dan 83 sen, manakala Northeast susut 12 sen kepada 59 sen dan Tanco naik satu sen kepada RM1.24.

Kaunter paling untung menyaksikan Greatech dan Malaysian Pacific meningkat 28 sen masing-masing kepada RM1.75 dan RM33.08, Westports melonjak 24 sen kepada RM5.88, Hong Leong Financial menokok 20 sen kepada RM20.62 dan KLCC menokok 19 sen kepada RM9.45.

Bagi kaunter paling rugi, Nestle merosot RM2.10 kepada RM116.40, manakala United Plantations turun 62 sen kepada RM32.88, Frase & Neave menguncup 36 sen kepada RM36, Petronas Dagangan berkurangan 34 sen kepada RM20.66 dan KL Kepong turun 16 sen kepada RM20.42.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 26.93 mata kepada 12,599.53, Indeks FBMT Top 100 turun 24.37 mata kepada 12,389.37 dan Indeks FBM Emas Shariah kurang 45.93 mata kepada 12,301.65.

Indeks FBM 70 menambah 39.46 mata kepada 17,648.98 dan Indeks FBM ACE menguncup 34.62 mata kepada 4,951.33.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 15.57 mata kepada 20,499.66, Indeks Tenaga turun 3.24 mata kepada 786.38.94, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.79 mata kepada 174.04 dan Indeks Perladangan susut 84.37 mata kepada 8,444.33..

-- BERNAMA