BERITA TERKINI   Setakat 28 Feb 2026, hampir 14.8 juta daripada 16.5 juta individu layak nikmati RON95 pada kadar RM1.99 seliter, dengan nilai jualan RM12.8 bilion atau penggunaan 6.46 bilion liter - Amir Hamzah | Setakat 28 Februari, jumlah Rakan Niaga SARA meningkat kepada 11,300 kedai di seluruh negara berbanding hanya 700 kedai pada 2024 - Amir Hamzah | Setakat 1 Mac 2026, nilai ringgit terus meningkat kepada RM3.89 berbanding dolar AS, cerminkan asas domestik kukuh - Amir Hamzah | Pindaan had tempoh jawatan PM pastikan kepimpinan negara sentiasa diperbaharui dengan tertib dan kestabilan - PM Anwar | Cadangan pindaan Perlembagaan terhadap had tempoh jawatan PM tidak jejaskan kuasa prerogatif Agong - PM Anwar | 

Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Pertama Tahun Ini Bernilai RM201.3 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM201.3 juta daripada Greencove Sdn Bhd untuk membina pangsapuri kediaman di Selangor.

Ketua pegawai eksekutifnya Tee Eng Tiong berkata ini merupakan kontrak pembinaan pertama syarikat itu bagi tahun ini yang akan meningkatkan nilai perolehan kontraknya kepada RM4.4 bilion.

“Dengan sasaran penambahan semula nilai perolehan kontrak sebanyak RM2.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2026, kami terus menumpukan untuk mengukuhkan portfolio kami dengan projek yang memanfaatkan keupayaan cemerlang pembinaan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pembinaan dua blok pangsapuri kediaman 39 tingkat di Damansara Damai, berserta kemudahan tempat letak kereta podium, ruang komersial, antara lain, akan bermula pada 1 April 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 40 bulan.

Memandangkan 2026 merupakan tahun pertama Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13), Tee berkata syarikat itu kekal optimis dengan prospek sektor pembinaan susulan aktiviti pembandaran dan pelaburan infrastruktur yang berterusan serta permintaan kukuh terhadap pembangunan kediaman.

"Pada masa depan kami akan terus mempelbagaikan campuran projek kami melangkaui pembinaan kediaman kepada segmen pertumbuhan lebih tinggi seperti pusat data dan pembangunan perindustrian," katanya.  

-- BERNAMA