BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan: Sebanyak 89.42 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | PRK Lamag: Sebanyak 89.89 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | Maybank memperuntukkan RM10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk memodenkan dan memantapkan teknologinya - Presiden Kumpulan Khairussaleh Ramli | Maybank sasarkan RM300 bilion kewangan lestari dalam tempoh lima tahun akan datang - Presiden  Kumpulan Khairussaleh Ramli | Pendidikan percuma PTPTN ditingkatkan kepada 10,000 pelajar miskin, berbanding 5,800 di bawah Belanjawan 2026 - PM Anwar | 

Terdapat 10882 berita berdasarkan kata kunci carian "o"

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, didorong oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selain isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga. 

AirBorneo Tukar Kod Penerbangan Daripada MH Kepada MY Berkuat Kuasa 14 Januari

KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- AirBorneo yang sebelum ini beroperasi di bawah kod penerbangan MH (siri MH3000) akan beralih ke kod penerbangan MY (siri MY3000) berkuat kuasa 14 Januari.

Air Minuman Beroksigen Premium 'OXYKA' Dilancar, Sasar Jualan RM5 Juta Tahun Ini

JOHOR BAHRU, 13 Jan (Bernama) -- Syarikat pengedaran dan pemasaran air sedia diminum berjenama “Haos Ek?”, ADIN Marketing Group Sdn Bhd hari ini secara rasmi melancarkan OXYKA, produk air minuman beroksigen dan beralkali pH 8.5 direka bagi memenuhi keperluan hidrasi berkualiti dalam gaya hidup moden.

Saham Sunway, IJM Melonjak Berikutan Cadangan Penggabungan

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Sunway Bhd dan IJM Corporation Bhd adalah antara kaunter paling aktif, didagangkan lebih tinggi pada tengah hari berikutan sentimen positif yang timbul susulan potensi penggabungan antara kedua-dua syarikat itu.

Sarawak Perkenal Levi Karbon Ke Atas Sektor Minyak, Gas Dan Tenaga - Abang Johari

KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- Sarawak akan memperkenalkan levi karbon ke atas kemudahan dalam sektor minyak, gas dan tenaga pada tahun ini, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

AirAsia X Dinamakan Semula Sebagai AirAsia Pada 19 Januari - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- AirAsia X akan dinamakan semula sebagai AirAsia dan disenaraikan sebagai saham baharu pada 19 Januari, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.

Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengarah Urusan Lynas Amanda Lacaze Akan Bersara

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas Rare Earths Ltd, Amanda Lacaze akan bersara selepas 12 tahun menggalas jawatan tersebut.

Kewangan Islam Berpotensi Sediakan Penyelesaian Untuk Keterangkuman, Perubahan Iklim - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kewangan Islam telah menunjukkan potensinya untuk menyediakan penyelesaian inovatif dalam menangani cabaran berkaitan rangkuman dan perubahan iklim, kata Bank Dunia hari ini,

Bursa Malaysia Naik 8.74 Mata, Teruskan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 29.6 Peratus Pada November 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 29.6 peratus pada November 2025 kepada 20,891 tan berbanding pada Oktober 2025  iaitu 29,673 tan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Pelaburan Rendah Karbon Diperlukan Bagi Negara Anggota OIC Adalah Purata Sebanyak 1.4 Peratus Daripada KDNK

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pelaburan diperlukan oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk melaksanakan strategi rendah karbon adalah purata 1.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meningkat kepada lebih 5.0 peratus bagi negara berpendapatan rendah, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid hari ini.

MPOB Perkenal Harga Rujukan Rasmi Minyak Masak Terpakai Pada Suku Pertama 2026 -- Noraini

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) --  Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memperkenalkan harga rujukan rasmi minyak masak terpakai (UCO) pada suku pertama 2026 dalam usaha termasuk mengelak berlakunya manipulasi harga.