7jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia mencatatkan kadar inflasi 1.2 peratus pada Mei 2025, terendah dalam tempoh 51 bulan dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 134.4 berbanding 132.8 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9jam ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia mengekalkan pertumbuhan tahunan yang positif pada kadar 0.5 peratus dengan mencatat 113.6 mata dalam April 2025 berbanding 113.0 mata bagi tempoh sama 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
4hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Dagangan di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks utama meningkat 0.08 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah berikutan penjualan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
10hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka kekal berada dalam aliran mendatar dengan kecenderungan tidak banyak berubah, didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global dan tarif Amerika Syarikat (AS) yang kini dalam fasa penangguhan selama 90 hari, kata pakar industri, Denis Low.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada April 2025 mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM151.7 bilion, mencerminkan pertumbuhan 4.7 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.
12hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia pada April 2025, didorong terutamanya sektor pembuatan yang teguh, mencerminkan permintaan agregat yang kukuh dan daya hidup industri,” kata pakar ekonomi.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks harga seunit besi mencatat penurunan antara -0.1 peratus hingga -3.1 peratus di kebanyakan kawasan di Malaysia pada Mei 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia menurun sebanyak 37.3 peratus kepada 18,008 tan pada April 2025 daripada 28,739 tan pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) Malaysia yang berkembang pada kadar perlahan 2.7 peratus tahun ke tahun pada April, dijangka berkembang sederhana sebanyak 2.0 peratus pada 2025, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).
13hari ago
IPOH, 11 Jun (Bernama) -- Sebanyak 150 syarikat di Perak menerima manfaat menerusi program pembangunan pengeksport dan kemudahan perdagangan yang disediakan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sejak tahun lepas sehingga Mei tahun ini.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu apabila para pelabur lebih optimis berikutan pengumuman perjanjian rangka kerja perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, yang merangkumi peruntukan bagi perdagangan teknologi.