BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong pandang serius kes rogol di sekolah, titah rujuk modul kempen TinDak wujudkan persekitaran sekolah selamat - Istana Negara | Kes tikam pelajar perempuan: Pentadbir sekolah akan dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah hingga siasatan selesai - KP KPM | KPM bekerjasama rapat dengan PDRM bagi perkukuh pemantauan keselamatan di sekolah seluruh negara - KP | KPM tidak anggap kes tikam pelajar dan salah laku seksual sebagai kes terpencil - KP | Syarikat berpangkalan di Singapura telah melabur lebih S$5.5 bilion ke Johor sejak pemeteraian MoU JS-SEZ -- TPM Singapura Gan | 

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh keputusan tarif terkini Amerika Syarikat (AS), ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dan kebimbangan mengenai perdagangan global dan kestabilan ekonomi.

Pada 4.50 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2255/4.2330 berbanding dolar AS daripada 4.2345/2370 pada Rabu.

“Niaga hadapan getah Jepun merosot hari ini, mengakhiri dua sesi kenaikan berikutan yen yang lebih kukuh dan ketidaktentuan mengenai tariff yang menjejaskan pasaran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya penurunan seterusnya dikekang oleh kemerosotan pengeluaran getah asli Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Pengeluaran getah asli Malaysia merosot sebanyak 37.3 peratus pada April 2025 kepada 18,008 tan daripada Mac 2025 sebanyak 28,739 tan.

“Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli berkurangan sebanyak 15.6 peratus,” katanya. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 7.5 sen kepada 701.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut lima sen kepada 582.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA