Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Lebih Tinggi Daripada Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Selasa didorong data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh telah meningkatkan nilai mata wangnya tetapi lebih tinggi daripada mata wang utama lain.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat yang positif pada julat 1,730 hingga 1,760 minggu hadapan, dengan paras sokongan segera pada 1,700.

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh Pada Julat 3.93-3.96 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan momentum pengukuhannya, diniagakan dalam julat 3.93-3.96 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur mengalihkan tumpuan terhadap pengumuman data penting AS bagi mendapat petunjuk baharu.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Pada Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan pada kecenderungan meningkat minggu hadapan susulan tanda-tanda pengeluaran yang lebih rendah, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan dalam persekitaran sentimen dolar Amerika Syarikat (AS) mengukuh.

Pasaran Getah Dijangka Berhati-hati Tetapi Cenderung Meningkat Minggu Hadapan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka berada dalam situasi berhati-hati namun cenderung untuk meningkat pada minggu hadapan, disokong oleh momentum harga di peringkat awal rantaian bekalan yang stabil.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu hadapan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kelemahan Pasaran Minyak Kacang Soya

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan kelemahan yang dialami pasaran minyak kacang soya Chicago, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan Comex AS

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menunjukkan penyusutan di pasaran Comex Amerika Syarikat berikutan pengukuhan dolar AS memberi kesan kepada harga emas.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Dipengaruhi Spekulasi Kepimpinan FED

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila mengalami tekanan daripada permintaan baharu terhadap dolar berikutan spekulasi mengenai kepimpinan masa depan Rizab Persekutuan AS (Fed).