Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Peningkatan Selera Risiko

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah positif hari ini apabila selera risiko pelabur bertambah baik susulan pemulihan kukuh Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Meningkat Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat, mengambil petunjuk daripada Wall Street, yang mencatatkan kenaikan mendadak diterajui oleh saham teknologi selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump membuat kenyataan positif mengenai prospek perjanjian di Asia Barat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Kebanyakan Mata Wang Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang serantau pada Jumaat berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mereda, meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Kacang Soya CBOT

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) ketika waktu dagangan Asia, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, didorong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Catat Penurunan Susulan Kebimbangan Terhadap Kenaikan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan penurunan pada Khamis, menjejaki prestasi COMEX AS yang lemah apabila sentimen pasaran terjejas oleh kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) susulan inflasi yang lebih tinggi.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Khamis.

Bursa Saham Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Terpilih

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas didagangkan dalam julat yang kecil, disokong oleh belian terpilih yang mengimbangi aktiviti pengambilan untung.

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Khamis walaupun data inflasi Amerika Syarikat (AS) bagi Mei lebih tinggi daripada jangkaan.

Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih Dorong Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengurangkan kerugian pada sesi tengah hari susulan aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham berwajaran tinggi terpilih, didahului oleh Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kuala Lumpur Kepong.

Harga MSM Dijangka Tinggi Pada Separuh Kedua 2026 Dipacu El Nino, Permintaan Biobahan Api

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi pada separuh kedua 2026, disokong kemungkinan fenomena El Nino yang kuat serta peningkatan harga minyak soya dan biji sesawi susulan lonjakan permintaan terhadap biobahan api, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, seiring dengan aliran penurunan di pasaran serantau utama berikutan pelabur kekal berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat.