BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Penyusutan Comex AS

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menunjukkan penyusutan di pasaran Comex Amerika Syarikat berikutan pengukuhan dolar AS memberi kesan kepada harga emas.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Januari 2026 susut kepada US$5,063.50 setiap auns troy daripada US$5,516.50, Februari 2026 rendah kepada US$5,062.60 daripada US$5,533.90 dan Mac 2026 menyusut kepada US$5,080.90 daripada US$5,552.20 pada Khamis.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 turut merosot, ditutup kepada US$5,097.70 bagi setiap auns troy daripiada US$5,569.00 sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada 137 lot daripada 245 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 91 kontrak daripada 332 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$5,501.70 setiap auns troy, menurut penetapan oleh London Bullion Market Association pada  29 Jan 2026. 

-- BERNAMA