BERITA TERKINI   Menara Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi sebagai MD Nexus pertama di Malaysia - Gobind | Kementerian Digital fokus pada enam bidang berimpak untuk percepat transformasi digital pada separuh pertama 2026 - Gobind | Nilai ringgit kukuh kepada paras terbaik hampir 8 tahun pada RM3.92 berbanding dolar AS setakat 28 Jan 2026, kekal antara mata wang terbaik di Asia - Amir Hamzah | Pertumbuhan 2025 dianggarkan 4.9 peratus, perdagangan melebihi 6 peratus dan capai rekod tertinggi RM3 trilion - Amir Hamzah | Defisit 2025 dijangka capai sasaran 3.8 peratus dan turun kepada 3.5 peratus pada 2026 - Amir Hamzah | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Pada 10.20 pagi, kontrak Februari naik 14.0 mata kepada 1,751.50, Mac 2026 menambah 14.5 mata kepada 1,730.0, Jun 2026 meningkat 18.5 mata kepada 1,737.0 dan September 2026 menokok 5.50 mata kepada 1,724.0.

Jumlah dagangan sebanyak 3,772 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,948 kontrak.

Pada 10.41 pagi, indeks FBM KLCI naik 4.27 mata kepada 1,745.15 selepas dibuka tinggi 15.21 mata kepada 1,756.09 daripada 1,740.88 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA