WILAYAH - TIMUR > BERITA

Pelajar UiTM Ditemukan Lemas Di Air Terjun Tasik Puteri Bukit Besi

24/01/2026 03:50 PM

DUNGUN, 24 Jan (Bernama) -- Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Bukit Besi ditemukan lemas di air terjun Tasik Puteri Bukit Besi, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Muktafi Billah Shah Mohd Rezuan Adnan berkata mangsa, Amirul Danish Zamri, 19, dari Kampung Seberang Pintasan, di sini lemas ketika melakukan aktiviti riadah dan mandi di kawasan air terjun itu bersama-sama sembilan lagi rakannya pada 11.10 pagi.

"Sebanyak 10 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Al Muktafi Billah Shah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.18 pagi.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu dibantu oleh dua anggota Pasukan Penyelamat Di Air dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu ditemukan di dasar tasik air terjun sedalam tujuh meter oleh pasukan operasi terbabit pada 12.42 tengah hari.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Dungun untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan