WILAYAH - TENGAH > BERITA

Guna MPV Seleweng Petrol, Lelaki Ditahan Di Bagan Serai

24/01/2026 05:54 PM

IPOH, 24 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan petrol bersubsidi di sebuah stesen minyak di Bagan Serai, semalam.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata lelaki terbabit yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser ditahan kira-kira 1 tengah hari semasa sedang mengisi petrol RON95 di lokasi itu.

Siasatan menyeluruh terhadap kenderaan berkenaan telah menemukan dua unit tong plastik berwarna biru berkapasiti 200 liter setiap satu. Kedua-dua tong berkenaan disyaki berisi minyak petrol RON95 yang dianggarkan sebanyak 288 liter. 

"Lelaki tempatan yang merupakan pemilik kenderaan tersebut telah ditahan dan kenderaan suspek serta minyak petrol yang ditemukan di dalam kenderaan itu telah disita," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamalludin berkata nilai keseluruhan rampasan petrol RON95 dan kenderaan dianggarkan sebanyak RM7,615.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan