WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ATM, PLA Adakan Eksesais Aman Youyi, Tingkat Kebolehoperasian Bersama

13/10/2025 11:14 AM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan People's Liberation Army (PLA) China akan mengadakan Eksesais Aman Youyi 2025 di sekitar Klang, Subang dan Puchong di Selangor serta perairan Selat Melaka bermula dari Rabu ini hingga 23 Okt.

Menurut kenyataan Markas Angkatan Bersama hari ini, eksesais yang diadakan setiap dua tahun itu bertujuan meningkatkan kebolehoperasian bersama antara ATM dengan PLA.

Selain itu, eksesais berkenaan juga bertujuan memperkukuh hubungan ketenteraan dua hala serta meningkatkan kesiagaan dalam melaksanakan operasi kemanusiaan dan keselamatan maritim di rantau ini.

"Orang ramai, terutama penduduk di sekitar lokasi eksesais dinasihatkan agar tidak panik atau cemas sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan kenderaan tentera atau konvoi aset tentera serta sebarang aktiviti ketenteraan mulai hari ini sehingga tamat eksesais ini," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan