KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Hasrat beregu wanita remaja negara Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 tidak kesampaian apabila tumpas pada aksi final hari ini.
Pada aksi di Guwahati, India pasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan terpaksa akur tumpas straight set kepada beregu China Tan Ke Xuan-Wei Yue Yue 13-15, 17-19 dalam tempoh 37 minit.
Ini merupakan final kedua berturut-turut buat Zi Yu dalam acara beregu wanita selepas turut bergelar naib juara pada edisi 2024 di Nanchang, China bersama Dania Sofea Zaidi yang terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan lutut kiri Ogos lepas.
Bagi Noraqilah Maisarah pula, ini merupakan pingat kedua di kejohanan berkenaan selepas meraih gangsa menerusi acara beregu campuran bersama Loh Ziheng.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial