SPRM Tahan Bekas Pekerja Badan Berkanun Disyaki Terlibat Sindiket Seleweng Dana Zakat

19/10/2025 06:25 PM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang bekas pekerja sebuah badan berkanun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM2,500 serta melakukan perbuatan itu pada Mac lepas,” katanya.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan perintah reman selama empat hari terhadap wanita berkenaan hingga 22 Okt ini selepas permohonan dibuat SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan