WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Warga Asing Ditahan Cederakan Bekas Teman Wanita Dengan Pisau

15/07/2025 12:13 AM

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga asing ditahan kerana disyaki mencederakan bekas teman wanitanya menggunakan sebilah pisau di sebuah universiti swasta di Subang Jaya, Selangor petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata polis menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira 6.30 petang dan suspek berusia 21 tahun telah ditahan sejurus laporan diterima.

“Hasil siasatan mendapati mangsa yang juga warga asing berumur 20 tahun mengalami kecederaan di bahagian leher sebelah kiri. 

“Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan ditempatkan di zon merah untuk menerima rawatan lanjut serta keadaannya kini stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Wan Azlan berkata motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok.

“Suspek dan mangsa ialah pelajar di universiti swasta berkenaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100 atau Insp Fadizah Ajamin di talian 019-858 2166 dengan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan