WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Hakim Danish Ulangi Podium Di Litar Aragon

07/06/2025 11:53 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) --Pelumba muda sensasi negara Hakim Danish Ramli meneruskan aksi cemerlang apabila menamatkan Perlumbaan Satu pusingan ketiga Kejuaraan Red Bull Rookies Cup di tempat kedua di Litar Aragon, Sepanyol, hari ini.

Dalam perlumbaan yang menyaksikan saingan sengit hingga ke garisan penamat itu, pelumba berusia 17 tahun itu bermula dari petak keenam namun berjaya melonjak ke kelompok hadapan sebelum terpaksa akur dengan kehebatan pelumba tuan rumah, Brian Uriarte.

Bagaimanapun, Hakim Danish terpaksa akur dengan kehebatan pelumba tuan rumah Brian Uriarte yang menjuarai perlumbaan itu dengan catatan masa 26 minit 38.204 saat.

Persaingan sengit di garisan penamat menyaksikan Hakim Danish hanya dipisahkan 0.007 saat di belakang Uriarte, manakala tempat ketiga milik seorang lagi pelumba Sepanyol, David Gonzalez yang ketinggalan 0.068 saat.

Meskipun gagal mempertahankan gelaran juara yang pernah diraihnya di litar sama musim lalu, Hakim Danish tetap berpuas hati dengan keputusan itu.

“Tempat kedua masih satu keputusan yang penting. Saya akan cuba lakukan yang lebih baik dalam Perlumbaan Dua esok,” katanya kepada media selepas perlumbaan.

Dengan keputusan itu, Hakim Danish kekal selaku pendahulu keseluruhan kejuaraan selepas mengumpul 100 mata, dikuti (75 mata) dan Gonzalez (35 mata).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan