DUNIA > BERITA

Kementerian Haji Arab Saudi Lancar Program Inovatif Tingkat Kesejahteraan Jemaah

08/06/2025 08:39 AM

MINA, 7 Jun (Bernama-SPA) -- Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan program “Happiness Team” bagi meningkatkan pengalaman emosi dan spiritual jemaah sepanjang musim haji.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), program itu merupakan sebahagian daripada usaha kementerian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan perjalanan haji yang tidak dapat dilupakan serta memuaskan bagi para jemaah.

“Happiness Team” terdiri daripada lebih 600 pakar terlatih yang bertugas di seluruh lokasi suci, melaksanakan aktiviti lapangan dan perkhidmatan bersepadu yang direka untuk membangkitkan rasa gembira, keyakinan serta ketenangan emosi dalam kalangan jemaah.

Inisiatif itu menekankan kecerdasan emosi dan kecekapan profesional dalam mengurus tekanan dan ketidakselesaan, dengan mengubah cabaran kepada pengalaman yang positif dan menggalakkan.

Selain sokongan psikologi dan sosial, program itu turut menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kecemasan.

Ia merangkumi laluan respons kecemasan khas, rondaan ambulans bergerak, penjagaan neonatal serta intervensi perubatan pantas bagi kes kritikal.

Usaha ini mencerminkan pendekatan kementerian yang menyeluruh terhadap kebajikan jemaah, dengan menggabungkan keselamatan fizikal bersama kesejahteraan emosi dan kerohanian.

-- BERNAMA-SPA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan