KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, melawat Menara Berkembar Petronas ikonik hari ini.
Presiden Embalo dan delegasinya yang tiba pada 2.20 petang disambut oleh Naib Presiden Hubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas Norafizal Mat Saad.
Beliau meluangkan masa hampir sejam melawat Sky Bridge dan dek pemerhatian, yang merupakan tarikan pelancong yang popular di menara.
Semasa lawatan itu Embalo diberi taklimat oleh Pengurus Perkhidmatan Pengurusan Lawatan, Menara Berkembar Petronas Safful Bahari Din mengenai sejarah seni bina menara berkembar tertinggi di dunia itu.
Terdahulu Presiden Embalo yang tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi tiga hari, diberi sambutan rasmi di Perdana Putra, yang disusuli perjumpaan dengan perdana menteri.
Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata ini adalah lawatan pertama Embalo ke Malaysia sejak memegang jawatan Presiden pada Februari 2020.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial