WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TH Travel Nafi Kaitan Dengan Program Pakej Haji

07/06/2025 11:40 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- TH Travel & Services Sdn Bhd (TH Travel) menafikan kaitan syarikat itu dengan satu program palsu dikenali “Program Haji Infaq Masyarakat” yang didakwa menawarkan pakej haji kelolaan TH Travel berharga RM123,990 dengan bayaran awal serendah RM10,000.

TH Travel dalam kenyataan menjelaskan syarikat berkenaan tidak pernah melantik mana-mana individu, syarikat luar atau entiti perniagaan untuk mempromosikan, mengurus atau menerima bayaran bagi pihak TH Travel untuk sebarang pakej haji atau umrah.

Kenyataan itu menyebut sebagai sebuah agensi pelancongan haji dan umrah berdaftar dan dikawal selia sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji (TH), semua bayaran berkaitan pendaftaran dan deposit pakej haji yang dikendalikan TH Travel hanya boleh dibuat melalui akaun rasmi TH sahaja.

“TH Travel tidak menawarkan pakej subsidi atau tajaan luar yang memerlukan jemaah membayar kepada akaun bukan rasmi atau individu.

“TH Travel tidak terlibat dalam sebarang bentuk kutipan dana melalui syarikat pembersihan, perniagaan kek atau perantaraan pihak ketiga,” menurut kenyataan itu.

TH Travel memandang serius penyalahgunaan nama dan reputasi syarikat itu untuk menipu umat Islam yang berniat menunaikan ibadah haji.

“Kami difahamkan laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa dan TH Travel bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam menangani kes ini,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan