KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi antara tiga calon utama bagi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekali gus menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama dicalonkan bagi anugerah itu.
AFC dalam kenyataan memaklumkan pemain sayap kebangsaan itu bersaing hebat dengan dua nama besar di benua ini iaitu pemenang Kasut Emas pada kempen Piala Asia 2023, Akram Afif dari Qatar dan penyerang Al-Hilal, Salem Al-Dawsari dari Arab Saudi.
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini menjadi watak penting dalam kempen kemenangan treble JDT dengan membantu pasukan itu menjulang Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Lima gol dihasilkan Arif Aiman pada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) turut membantu JDT mara ke pusingan 16 terbaik kejohanan itu.
Pemenang dijangka diumumkan pada Anugerah Tahunan AFC 2025 yang akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada 16 Okt ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial