DUNIA > BERITA

Presiden Abbas Gesa Akhiri Perang Gaza Bagi Wujudkan Negara Palestin Merdeka

26/09/2025 12:53 AM

ISTANBUL, 25 Sept (Bernama-Anadolu) -- Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa masyarakat antarabangsa pada Khamis supaya  bertindak menghentikan perang Israel di Gaza bagi membuka jalan ke arah penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam ucapan video dari Ramallah ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-80 di New York, Abbas menyeru kuasa-kuasa dunia menyokong usaha Palestin mendapatkan keanggotaan penuh PBB.

Abbas merupakan antara 80 pegawai Palestin yang visanya dibatalkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, menyebabkan mereka tidak dapat menghadiri mesyuarat PBB minggu ini di New York secara fizikal.

“Langkah praktikal telah bermula dengan pelantikan sebuah jawatankuasa untuk merangka perlembagaan sementara sebagai persediaan peralihan daripada sebuah pihak berkuasa kepada sebuah negara sivil moden yang bebas daripada ekstremisme,” katanya.

Abbas menegaskan bahawa Semenanjung Gaza adalah “sebahagian daripada Palestin,” sambil menyatakan kepimpinan Palestin “bersedia memikul sepenuhnya tanggungjawab pentadbiran dan keselamatan di wilayah itu.”

Pada November 2012, Perhimpunan Agung PBB mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota.

-- BERNAMA-ANADOLU



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan